Apakah itu Koleksi Rujukan?
Jenis-jenis Bahan Rujukan
Abstrak
- ringkasan kepada isi kandungan sesebuah karya.
Almanak
- sebuah buku yang mengandungi maklumat seperti tarikh, kejadian astronomi, perayaan, cuti umum, statistik dan lain-lain. Almanak terdapat dalam bentuk almanak umum atau berkaitan dengan subjek tertentu.
Atlas
- gabungan dari beberapa peta yang dikumpulkan dalam sebuah buku yang lazimnya berkaitan dengan sesuatu subjek. Mempunyai indeks di bahagian belakang untuk memudahkan pencarian sesuatu kawasan/tempat.
Bibliografi
- senarai rujukan/terbitan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, tesis dan
sebagainya.
Biografi
- buku yang menceritakan sejarah hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain
Buku Panduan/ Handbook
- buku rujukan yang mengandungi maklumat dalam sesuatu subjek, disusun secara sistematik untuk rujukan cepat.
Buku Tahunan / Yearbook
- buku yang diterbitkan secara tahunan mengandungi maklumat semasa, sejarah, gambar, statistik dan lain-lain yang berkaitan dalam tahun yang berkenaan bagi sesebuah negara, institusi atau subjek.
Direktori
- senarai nama orang, syarikat, institusi, persatuan atau lain-lain yang disusun mengikut abjad. Mengandungi alamat, nombor telefon, nombor faks dan lain-lain maklumat berkaitan yang disusun dalam format yang ringkas. Lazimnya diterbitkan secara berkala.
Ensiklopedia
- buku atau beberapa jilid buku yang memberi maklumat dalam pelbagai bidang perkara atau perkara tertentu sahaja yang disusun secara berabjad.
Glosari
- senarai atau daftar perkataan atau istilah dalam bidang tertentu yang diberikan penjelasan, penerangan atau huraian tentang maknanya. Sebuah glosari biasanya hanya mengandungi perkataan atau istilah dalam sesuatu bidang yang khusus yang disusun mengikut abjad.
Indeks
- senarai berabjad nama orang, tempat, perkara yang terkandung di dalam sesebuah karya/bahan yang diterbitkan. Senarai ini memberi rujukan/penunjuk seperti nombor muka
Kamus
- buku yang memberi keterangan erti perkataan. Umumnya kamus terbahagi kepada dua iaitu kamus satu bahasa dan kamus dwi bahasa. Terdapat juga kamus khas dalam subjek tertentu. Perkataan dalam kamus disusun mengikut abjad.
Tesaurus
- memberi perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan yang disenaraikan di dalamnya.
Apakah itu Koleksi Bahan Bacaan?
Koleksi
bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yangdiselenggara dan
disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan olehpelajar dan guru. Koleksi
bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapakategori, antaranya adalah :
1. Buku
Fiksyen
2. Buku
Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
3. Buku
Bukan Fiksyen ( Rujukan )
4. Bahan
Terbitan Berkala.
5. Bahan
khusus.
BUKU
FIKSYEN
Buku
fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan
seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikutbahasa,
antaranya :
1. Buku
Fiksyen Melayu
2. Buku
Fiksyen Inggeris
3. Buku
Fiksyen Cina
4. Buku
Fiksyen Tamil
5. Buku
Fiksyen Arab
Kebiasaannya
cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
1. Cerita
Sains
2. Cerita
Nasihat
3. Cerita
Dongeng
4. Cerita
Khayalan
5. Cerita
Binatang
6. Cerita
Rakyat
BUKU
BUKAN FIKSYEN
Buku
bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman danbuku bukan
fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan
fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukanfiksyen rujukan adalah
buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dantidak dibenarkan dipinjam oleh
pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
1. Karya
am
2. Falsafah
3. Agama
4. Sains
Kemasyarakatan
5. Bahasa
6. Sains
Tulen
7. Teknologi
8. Kesenian
9. Kesusasteraan
10. Sejarah
& Geografi
BUKU
RUJUKAN
Buku-buku
rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untukmencari maklumat
tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentangmakna perkataan, sesuatu
kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentangtempat, data dan sebagainya.
Buku rujukan terdiri daripada :
1. Buku
Rujukan Umum
2. Buku
Rujukan Am
3. Buku
Rujukan Khusus
4. Bahan
Khusus
BUKU
RUJUKAN UMUM
Buku
rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta
memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan
denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi
kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU
RUJUKAN AM
Buku-buku
rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semuaorang. Ia berguna untuk
rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah :
1. Almanak
2. Atlas
3. Direktori
4. Ensiklopedia
umum
5. Gazetir
6. Kamus
umum
BUKU
RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku
rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus
untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Iamengandungi maklumat terperinci
mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah :
1. Abstrak
2. Bibliografi
khas
3. Biografi
Individu
4. Ensiklopedia
Khusus
5. Buku
Glosari
6. Buku
Indeks
7. Buku
Istilah
8. Kamus
khusus
BAHAN
KHUSUS
Bahan
khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkaraatau bidang
khusus. Di antara bahan khusus adalah :
1. Kertas
Seminar
2. Pekeliling
3. Tesis
4. Maklumat
perangkaan
Apakah itu Koleksi Buku Malaysiana?
Koleksi
buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia,
ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam
atau di luar Malaysia.
Apakah itu Koleksi Buku Nadir?
Koleksi
buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum1900 atau
terbitan yang jarang atau sukar didapati.
BAHAN
TERBITAN BERKALA
Bahan
Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala ataubersiri.
Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun
sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitanberkala
adalah :
1. Buletin
2. Jurnal
3. Laporan
Tahunan
4. Majalah
5. Risalah
6. Surat khabar
ABSTRAK
Abstrak
adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan
ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gayapenulisan
yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu
pembaca :
1. Menilai
isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
2. Membuat
nota dan catatan yang berkesan
3. Tentang
bahan semasa.
4. Dalam
penyampaian laporan.
5. Dalam
pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak
merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia jugamerupakan
kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan denganmaklumat lain seperti
terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca.
Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumatperangkaan atau fakta mengenai
bidang-bidang tertentu dengan cepat danmendalam.contoh almanak
BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar
penerbitan bercetakyang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan
disusun dalamsusunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan
penerbitanbercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat
dan tahun diterbitkan.
Bibliografi
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Bibliografi
di bahagian akhiran buku.
2. Bibliografi
jilid khas atau buku.
Tujuan
menggunakan Bibliografi adalah untuk :
1. Memudahkan
pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang
telah dibaca.
2. Menggalakkan
pembaca membuat rujukan tambahan
3. Untuk
memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpamengetahui dengan
lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi
adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayathidup individu.
Tujuan menggunakan buku biografi adalah :· Untuk mendapatkan maklumat
tentang seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama ada yang masih hidup atau
meninggal dunia.contoh biografi
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat
luastentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut
abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu
menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana
kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang
ia dilengkapi gambar-gambar danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi
maksud yang hendak disampaikan.
Ensiklopedia
terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. Ensiklopedia
umum - Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am
tentangperkara atau bidang tertentu.
2. Ensiklopedia
Khusus - Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan
mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara
atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :· Untuk
mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topikdengan merujuk
ensiklopedia umum.· Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu
perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia khusus.
GAZETIR
Buku
gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempatatau lokasi.
Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripadamaklumat
geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan
dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut
abjad. Tujuan menggunakan gazetirGazetir digunakan untuk mencari maklumat
geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.
GLOSARI
Glosari
merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu
mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad,
khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat
dua jenis glosari iaitu:
1. Glosari
yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagibuku bukan
fiksyen.
2. Buku
Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu
dalam bidang-bidang tertentu.
Tujuan
menggunakan glosari
1. Glosari
memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatuperkataan atau istilah yang
kurang jelas.
2. Ia
juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami
isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus.Glosari khusus untuk
Teknologi Maklumat
INDEKS
Satu
senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti
perkataan atau topik.
Tujuan
Indeks
1. Memudahkan
pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
2. Memudahkan
pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis
Indeks
1. Indeks
di bahagian akhir buku.
2. Indeks
Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan
yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmupengetahuan.Tujuan
menggunakan istilah :
1. Untuk
mendapatkan ejaan yang betul.
2. Untuk
membuat terjemahan.
3. Untuk
ketepatan penggunaan perkataan.
Jenis
Istilah·
Halaman
Istilah.
Halaman
Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.·
Buku
Istilah.
Buku
Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam
bidangtertentu.
KAMUS
Kamus
merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataanseperti
definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,penggunaan, dan
kedudukan semasa dalam susunan berabjad.Kamus terdiri daripada beberapa jenis,
antaranya adalah :a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumatseperti
:- Makna sesuatu perkataan- Cara menggunakan perkataan- Ejaan yang betulb.
Kamus TerjemahanKamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalamsatu
bahasa ke bahasa yang lain.c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini
memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang
tertentu. Tujuan menggunakan kamus adalah :
1. Untuk
mencari makna atau definisi perkataan .
2. Untuk
mengetahui asal-usul perkataan.
3. Untuk
mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
4. Untuk
mengetahui jenis perkataan.
5. Untuk
menunjukkan cara menggunakan perkataan.
6. Untuk
mengetahui ejaan yang betul.
No comments:
Post a Comment