Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Pada hari ini iaitu 16 Mei 2013, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Guru yang melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Noor Mohd. Majlis ini telah diadakan di Dewan Bitara. Manakala, murid-murid yang bukan Islam pula telah menjalankan aktiviti bersama guru-guru Pendidikan Moral di Pusat Sumber Sekolah.





Di samping itu juga, pada akhir sesi persekolahan, pihak BKG telah bertungkus-lumus mengadakan jamuan sempena Hari Guru dan menyediakan pelbagai juadah dari hasil 'potluck' guru-guru serta sumbangan daripada murid-murid.  Semua guru telah mendapat cenderahati daripada pihak BKG. Jamuan ini telah diadakan di bilik Kemahiran Hidup. Semua guru telah menyambutnya pada hari ini dengan sangat gembira.
Suasana semasa jamuan diraikan.

Cenderahati daripada pihak BKG untuk semua guru.







No comments:

Post a Comment