Thursday, 16 May 2013
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013
Pada hari ini iaitu 16 Mei 2013, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Guru yang melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Noor Mohd. Majlis ini telah diadakan di Dewan Bitara. Manakala, murid-murid yang bukan Islam pula telah menjalankan aktiviti bersama guru-guru Pendidikan Moral di Pusat Sumber Sekolah.
Di samping itu juga, pada akhir sesi persekolahan, pihak BKG telah bertungkus-lumus mengadakan jamuan sempena Hari Guru dan menyediakan pelbagai juadah dari hasil 'potluck' guru-guru serta sumbangan daripada murid-murid. Semua guru telah mendapat cenderahati daripada pihak BKG. Jamuan ini telah diadakan di bilik Kemahiran Hidup. Semua guru telah menyambutnya pada hari ini dengan sangat gembira.
Suasana semasa jamuan diraikan.
Cenderahati daripada pihak BKG untuk semua guru.
Wednesday, 15 May 2013
Lawatan GPM ke Kidzania
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, pihak BTPNKL & PKGKL telah mengadakan program lawatan ke Kidzania untuk para Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Juruteknik Komputer (FT17) dari sekolah-sekolah ahli PKG Sentul, Segambut Jaya, Keramat dan Bangsar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GPM mengenai aktiviti yang ada di Kidzania. Terima kasih kerana menganjurkannya untuk kami.
Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Zon Bangsar 2013
Pada 9 Mei 2013 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar dua orang peserta untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia bagi Peringkat Wilayah Bangsar yang telah diadakan di SK Seri Suria, Jalan Klang Lama. Dua peserta ini telah menjadi johan dalam kedua-dua kategori ini. Pihak PSS mengucapkan tahniah kepada kedua-dua murid ini di atas kejayaan tersebut. Kita sama-sama doakan semoga murid-murid ini berjaya meraih kejayaan di Peringkat Negeri pada bulan Jun 2013 akan datang. InsyaAllah.
Peserta Johan Tahap 2 : Nur Irdina Batrisyia (4 Tekad)
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)